Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar PBK II, Abd Rahim Abd Rani berkata, mangsa, R. Ramesh, 44, bermandi-manda di pantai itu bersama dua anak saudaranya iaitu P. Arun , 20, dan T. Bavani, 38.

"Ketika kejadian, air surut namun mereka telah pergi ke bahagian tengah pantai untuk mandi, yang struktur tanahnya lebih curam sehingga menyebabkan mereka sedikit tenggelam.

"Dalam kekalutan itu, mangsa sempat menyelamatkan anak saudaranya namun selepas itu dia pula yang mati lemas," katanya dalam kenyataan di sini.

Abd Rahim berkata, mangsa kemudian dibawa naik ke darat oleh pelancong yang berada di kawasan pantai.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama