Mangsa dikenali R. Dharmaraj, 34 tahun itu ditemui mati pukul 4.21 petang dengan kesemua tetakan di bahagian muka, tangan dan kaki. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, berdasarkan siasatan awal menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan keterangan saksi mendapati mangsa bersama suspek telah datang bersama ke tempat kejadian dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5. 

"Tidak lama kemudian, suspek dilihat telah mengejar mangsa dengan parang panjang sebelum kembali ke motosikal seorang diri. 

"Setelah suspek pergi, saksi kemudiannya menemui mangsa terbaring berlumuran dadah dengan beberapa kesan tetapkan di muka dan tangan di kawasan lapang," katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi. 

Menurut beliau, tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa dengan jarak mayat itu ditemui dengan kuil tersebut adalah kira-kira lebih kurang 30 meter. 

Baharudin menjelaskan, pihaknya masih menyiasat motif serangan tersebut dan sedang giat mengesan suspek terlibat. 

"Mayat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat dengan waris mangsa sedang dikesan pihaknya. 

"Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Effandi Main di talian 03-55202222," katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - K! ONLINE