Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Dr. Farid Md. Rafik berkata, ia dapat dilihat apabila wanita lebih berminat membuat permohonan jawatan sebagai guru tadika setiap kali ia dibuka berbanding lelaki.

 Menurutnya, dominasi wanita itu berkemungkinan besar disebabkan kebolehan mereka 'berurusan' dengan kanak-kanak berkenaan.

 “Kita tidak ada halangan kalau lelaki yang berminat untuk menggalas tanggungjawab itu tetapi mereka perlulah mengemukakan permohonan jika berminat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Rukun Tetangga (PRT) Meranti di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, Pengarah Perpaduan negeri, Norwahidah Zinalibdin.

Dr. Md. Farid memberitahu, sehingga kini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional mempunyai 1,781 tabika dibawah seliaan agensi berkenaan di seluruh Malaysia.

Katanya, sebanyak RM14 juta permohonan tambahan telah dipohon bagi kerja-kerja menaik taraf kemudahan di tabika perpaduan.

Ujarnya, bajet tambahan itu telah dipohon pada tahun ini bagi memastikan kerja-kerja naik taraf dapat dijalankan dengan cepat.

“Fasiliti selamat dan selesa itu kita amat titik beratkan supaya anak-anak ini dapat menikmati pembelajaran dalam suasana terbaik," katanya. - K! ONLINE