Dalam kejadian pada pukul 11.30 malam itu, lelaki berusia 34 tahun tersebut bagaimanapun berjaya diberkas orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ketika kejadian beberapa pelanggan restoran berada di dalam premis berkenaan sebelum didatangi lelaki terbabit.

"Lelaki berusia 34 tahun itu dipercayai mabuk membawa sebilah parang sebelum melibas dan memukul seorang lelaki warga asing.

"Orang awam yang berada di tempat kejadian kemudiannya membantu memberkas lelaki berkenaan sebelum menghubungi pihak polis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, parang digunakan suspek turut dirampas manakala kes akan disiasat mengikut Seksyen 323/506 (6)(1) Kanun Keseksaan Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. - K! ONLINE