Mayat mangsa, K. Kalidasan, 33, ditemui kira-kira pukul 8 malam oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Jurucakap Maritim Malaysia berkata, mayat mangsa ditemui oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Menyelamat (JBPM) kira-kira 15 meter dari lokasi dia dikatakan terjatuh.

"Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal untuk dibedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Operasi berkenaan disertai JBPM, Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Dalam kejadian tersebut, mangsa dikatakan sedang membersihkan jala di tebing sungai itu sebelum dia tergelincir dan tenggelam. - K! ONLINE