Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, hasil maklumat orang awam, pihak Bomba dan Penyelamat menemui mayat lelaki itu yang lengkap berpakaian kemeja T dan berseluar panjang, dalam keadaan meniarap. 

"Seorang lelaki dan teman wanitanya yang duduk di tebing sungai itu ternampak satu kepala dalam keadaan tenggelam timbul sebelum menghubungi talian 999 pada 5.30 petang, semalam. 

"Siasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa berumur 45 tahun itu dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Afzanizar berkata pihaknya sedang berusaha mengesan waris lelaki itu, yang alamat terakhirnya adalah di Berek Kastam, Jasin dekat sini. - Bernama