Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, lelaki berusia 35 tahun menemui mayat isterinya dalam keadaan leher dikelar kira-kira pukul 1.35 petang.

Menurut beliau, ketika kejadian, suami mangsa mendakwa dia tiada di rumah kerana mengambil anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun pulang dari sekolah.

"Sebaik tiba di rumah, lelaki itu mendakwa dia telah menemui isterinya dalam keadaan meniarap di ruang tamu rumah mereka.

"Siasatan awal mendapati mangsa merupakan wargan Indonesia dan berusia 36 tahun," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Dev memberitahu, buat masa ini, suami mangsa ditahan bagi membantu siasatan. 

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti pembunuh dan motif pembunuhan," ujarnya lagi. - K! ONLINE