Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Mohd Sufian Mohd Lis berkata laporan kehilangan mangsa diterima pihak bomba kira-kira 11.54 malam.

Beliau berkata menurut laporan awal, mangsa yang dikenal sebagai Climint Anak Apau, 38, dan beralamat di Taman Nora, Ulu Tiram, mandi di sungai berkenaan bersama beberapa rakannya.

"Bagaimanapun, mangsa masuk ke tepi sungai yang berlubuk dan air dalam dan didapati tidak timbul selepas itu," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Sufian berkata mangsa kemudiannya ditemui pasukan penyelamat dalam keadaan tersepit di celah batu pada kira-kira 2 pagi tadi dan disahkan telah meninggal dunia.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk dibedah siasat. - Bernama