Mangsa, Bujang Abdullah, 63, dari Kampung Sungai Bedil Besar ditemui dalam keadaan terapung oleh pasukan bomba dan penyelamat kira-kira pukul 5.35 petang.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira lima meter dari tempat dia dilaporkan hilang sebelum itu.

Katanya, ketika ditemui, mayat mangsa dikatakan masih sempurna, namun cuma terdapat sedikit kecederaan pada anggota badannya.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Pangkalan Panjang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari kedua ditamatkan sepenuhnya pada pukul 6 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE