Mayat Gomes Hillary Jugah, 35, ditemui pada pukul 11.20 pagi di Pala Wun, manakala mayat kedua yang juga rakannya, Tang Choo Yew, 33, ditemui di perairan Sempilih pukul 1.26 petang. Jarak antara lokasi mayat ditemui dengan tempat kejadian kira-kira 100 kilometer.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, kedua-dua mangsa dijumpai terapung sebelum dise­rahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Keadaan arus deras menyebabkan operasi mencari dan menyelamat perlu dijalankan berhati-hati bagi mengelak perkara buruk lain terjadi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau memberitahu, proses membawa naik mayat pertama berdepan kesukaran kerana pasukan penyelamat terpaksa menempuh lebih satu jam perjalanan dari lokasi mayat dijumpai ke jeti Wharf Kubu di sini.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.