Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman (gambar kecil) berkata, hasil bedah siasat juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan.

“Mangsa dipercayai cuba memanjat bangunan kedai tersebut dan terjatuh ke bawah kerana adanya kesan papan iklan yang dipijak dan serpihan lampu yang pecah.

“Dia mungkin jatuh dari tempat tinggi dan badannya terhempap kerana banyak kesan lebam pada belakang badan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Onlineb sebentar tadi.

Katanya, mangsa mengalami kesan melecet di atas kepala, belakang telinga serta di bahagian leher yang terjadi sejak dua hingga tiga hari lalu dan ia bukan akibat kesan tikaman.

“Selain itu, mangsa juga patah satu tulang rusuk di bahagian kiri dan mengalami lebam di bahagian dada serta belakang badan.

“Pemeriksaan juga mendapati tiada sebarang kesan tikaman atau luka pada mana-mana bahagian. Tiada juga sebarang kesan pergelutan pada badan mangsa serta tiada sebarang kecederaan organ dalaman,” ujarnya.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - K! ONLINE