Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa yang berusia 59 tahun dan berasal dari Taman Gunung View di sini itu ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 10.30 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota kita melihat mangsa berada dalam keada­an terbaring di kerusi pemandu dengan pintu kereta yang berkunci.

“Pasukan bomba dipanggil bagi membuka pintu berkenaan sebelum anggota perubatan yang tiba mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.