Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah melibatkan kumpulan berkenaan.

“Mangsa dipercayai mempu­nyai penglibatan dengan kumpulan kongsi gelap 08 membabitkan kegiatan pengedaran dadah. Siasatan kini menjurus kepada aktiviti pengedaran dadah melibatkan mangsa dan suspek.

“Bagaimanapun masih terlalu awal untuk merumuskan motif kejadian ini. Kita akan jalankan siasatan dari pelbagai sudut dan motif sebenar akan kita ketahui apabila ada tangkapan selepas ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Latihan Amal Ex-Undi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Fasa Kedua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.