Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, bertindak atas maklumat yang diterima, sekumpulan anggota yang menyerbu rumah berkenaan berjaya menahan seorang suspek pada pukul 2.21 petang.

"Selain memberkas seorang suspek berusia 34 tahun, kita turut merampas 11 biji pil disyaki dadah jenis yaba yang dijumpai dalam poket seluar lelaki terbabit.

"Anggota yang memeriksa keseluruhan rumah suspek kemudiannya menemui selaras senapang angin di dalam bilik tidur," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, ujian air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine dan turut mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE