Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang Asisten Komisioner,  Rosman Ismail berkata, lelaki berusia 49 tahun itu ditahan dalam serbuan polis ke rumah itu pada 10 malam tadi, hasil  maklumat dan risikan sejak dua minggu lepas.

"Hasil pemeriksaan di bahagian dapur rumah lelaki itu, polis menemui 16 bungkusan plastik hitam, setiap satu mengandungi lima kilogram daun ketum dan 160 bungkusan air ketum yang disimpan dalam sebuah periuk besar.

"Lelaki itu dipercayai mendapatkan bekalan daun ketum dari negeri jiran," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, lelaki itu menjalankan kegiatan memproses air ketum sejak beberapa bulan lepas dan hanya menjual kepada pelanggan tetapnya di sekitar Balik Pulau. - Bernama