Dalam serbuan pada pukul 9.15 malam, lelaki berusia 36 tahun tersebut ditahan bersama 16 bungkusan berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 62.48 gram.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, sewaktu serbuan, suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas setelah dikepung di pintu dapur rumah berkenaan.

"Pemeriksaan di dalam rumah terbabit berjaya menemui satu paket plastik berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 49.21 gram (g) dan 15 plastik lain yang setiap satunya berisi 13.27g serbuk sama.

"Hasil soal siasat suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah tersebut di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Zulkifli berkata, siasatan awal juga mendapati bekalan dadah disyaki syabu itu untuk edaran di kawasan sekitar Penarik, Merang dan Batu Rakit dekat sini. - K! ONLINE