Mangsa dikenali sebagai Kalidasen, 30-an, dilaporkan terjatuh ke dalam sungai kira-kira pukul 6.15 petang tadi.

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah menagakitfkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas pihaknya menerima aduan.

"Operasi SAR segera dilakukan, namun setakat ini mangsa belum ditemui sebelum operasi ditangguhkan pukul 7.30 malam.

"Operasi akan disambung semula pukul 7.30 pagi esok," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Turut terlibat dalam operasi berkenaan ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM). - K! ONLINE