Tertuduh, Mohd. Norol Latif Abd. Raof, 50, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin. 

Mengikut pertuduhan, Norol Latif yang bekerja kampung itu didakwa melakukan jenayah bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd. Sharulnizam Abdullah, 29, di hadapan sebuah rumah di Kampung Jong, Gerik pada pukul 1.20 pagi 16 Januari lalu. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azfar Mahmod manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. 

Mahkamah menetapkan 1 Mac depan sebagai sebutan semula kes. 

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang lelaki mati dibunuh oleh seorang lelaki dipercayai kenalannya di Kampung Jong di sini selepas mangsa ditikam di bahagian dada dipercayai bermotifkan cemburu. - K! ONLINE