Difahamkan,dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, mangsa telah ditumbuk dan ditendang serta ditetak dengan objek tajam sehingga menyebabkannya cedera di beberapa bahagian tubuh badannya termasuk tangan dan kepala.

Mereka hanya berhenti menyerang selepas mangsa jatuh dan tidak sedarkan diri di tengah jalan kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, sehingga masa kini, polis masih belum menerima sebarang laporan daripada mangsa tentang kejadian itu.

“Maklumat awal yang diterima menyatakan mangsa diserang oleh sekumpulan lelaki ketika cuba mengutip bayaran sewa rumah.

“Pegawai Penyiasat kes telah membuat semakan di Hospital Kuala Lumpur dan merakamkan keterangan mangsa yang sedang dirawat di sana,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Menurutnya lagi, maklumat yang diterima juga memaklumkan bahawa mangsa menolong seorang wanita untuk mengutip wang sewa rumah di Jalan Pudu. - K! ONLINE