Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2 pagi tadi di perkampungan Kampung Gelam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin mengesahkan kejadian berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan meneruskan operasi mengawal kebakaran.

"Ketika mangsa sedang bertugas, suspek telah bertindak menendang dan memukul mangsa sehingga keadaan menjadi kecoh.

"Bagaimanapun, orang awam di kawasan berhampiran berjaya meleraikan pergaduhan. Mangsa meneruskan tugasan seperti biasa," katanya di sini hari ini.

kebakaran
Anggota bomba tersebut tetap terus memadamkan kebakaran selepas dipukul.

 

Menurut Mohd. Azhar, maklumat awal mendapati berlaku salah faham apabila suspek gagal memahami bidang tugasan anggota bomba dengan menuduh kelewatan ketibaan pasukan itu sebagai punca kediamannya musnah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana mengganggu penjawat awam yang sedang melaksanakan tugas.

Dalam kejadian kebakaran itu, sebanyak 35 buah rumah musnah dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - K! ONLINE