Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, suspek berusia 48 tahun itu ditahan pada pukul 3.15 petang selepas dia dilihat memandu dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut pada kenderaan suspek menemui sejumlah bungkusan plastic hitam mengandungi bahan dipercayai daun ketum.

“Sebanyak 20 bungkusan plastik hitam dengan anggaran berat 100 kg diletakkan di tempat duduk penumpang belakang dan 25 bungkusan lagi seberat 125 kg di dalam but kereta,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Mohd. Marzukhi, semua rampasan dianggarkan bernilai RM2,250 dan kenderaan jenis Toyota dipandu suspek bernilai RM10,000 turut disita.

“Suspek dipercayai aktif menjalankan aktiviti pengedaran daun ketum ini sejak awal tahun lalu. 

“Ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati dia negatif dadah,” katanya. 

Katanya, semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu kes jenayah lampau. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya. - K! ONLINE