Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Azmir yang berusia 21 tahun itu ditemui dengan lehernya dihempap bingkai bahagian atas fokrlift tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.32 petang dan seramai lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba seterusnya mengeluarkan mangsa menggunakan kaedah khas dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang merawatnya di klinik berhampiran.

“Kematiannya disebabkan kecederaan parah pada lehernya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya. - K! ONLINE