Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, mayat S. Letchumi, 28, dijumpai oleh seorang lelaki berusia 60 tahun sewaktu sedang mencari cendawan di kawasan tersebut kira-kira pukul 1 petang.

Jelasnya, siasatan mendapati terdapat kesan jerutan pada leher mangsa dan kepalanya juga cedera dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

“Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum ditinggalkan di lokasi kejadian. Polis turut menemui satu kunci motosikal dan topi keledar berhampiran lokasi mangsa.

“Berdasarkan kunci itu, polis kemudian menemui motosikal jenis Honda EX5 miliknya yang dile­takkan di sebuah restoran di Bandar Baru Kampar dekat sini,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.