Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis berkata, penderaan seksual tersebut merangkumi 377 kes rogol, cabul (152 kes) dan liwat (20 kes).

Katanya bagi tempoh sama, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri turut merekodkan 254 kes penderaan fizikal melibatkan kanak-kanak.

"Kerajaan negeri melalui JKM komited dalam mengambil langkah membendung dan melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa penderaan, antaranya dengan memastikan penguatkuasaan perundangan melalui Akta Kanak-kanak 2001," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Khairudin Abu Hanifah (BN-Belanja) pada Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 Perak di sini, hari ini. - Bernama