Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam tempoh antara tahun 2013 hingga Mei 2018, sebanyak 2,238 individu atau 55.2 peratus daripada tangkapan keseluruhan adalah golongan belia.

“Perkara tersebut amat membimbangkan kerana mereka ialah bakal pemimpin negara pada masa akan datang.

“Namun saya dimaklumkan oleh SPRM bahawa statistik tersebut adalah menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup Program Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Millions Messages di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Wilayah, Khalid Samad, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dan Datuk Bandar, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz. - K! ONLINE