Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, penganjuran ­Biz­RUn 2018 yang mendapat kerjasama Kelab Sukan Kecergasan MyFit itu disertai sebanyak 740 syarikat melibatkan lebih 5,000 ­peserta.

Katanya. selain mencatat rekod tersendiri, penganjuran SSM BizRun 2018 bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja terutama warga kota daripada pelbagai sektor sama ada sektor kerajaan mahupun swasta.

“Penganjuran BizRun 2018 turut memberikan penekanan terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menggalakkan penglibatan organisasi korporat sebagai rakan strategik SSM untuk menjayakan program ini.

“Sebahagian daripada yuran penyertaan yang dikenakan kepada para peserta iaitu sebanyak RM5 akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan sekali gus memberikan peluang kepada para peserta untuk berlari sambil beramal,” katanya selepas menyempurnakan larian tersebut tepat pukul 7.30 pagi semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.