Ketua Pegawai Eksekutif dan Rektor KPBKL, Prof. Datuk Dr. Noor Inayah Yaakub berkata, pada hari ini pihaknya menganggarkan lebih 100 pelajar baharu akan mendaftar masuk.

“Pendaftaran pada hari ini (semalam) adalah bagi pelajar jurusan Diploma statistik gunaan, Diploma teknologi maklumat(keusahawanan), Diploma Pengurusan Industri Halal, Diploma Syariah Islamiah, Diploma Pengajian Muamalat, Diploma Matematik Kewangan dan Certified Accounting Technician (CAT).

“Kami anggarkan keseluruhan lebih 400 pelajar akan mendaftar masuk bagi sembilan program pengajian yang ditawarkan dalam pengambilan baharu sesi Jun 2019,” katanya ketika ditemui pada majlis pendaftaran pelajar baharu kolej itu di Maluri di sini.

Sementara itu, setakat ini seramai 2,000 pelajar yang menuntut di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dalam pelbagai jurusan yang ditawarkan.

“Antara jurusan yang ditawarkan dalam peringkat diploma  di KPBKL antaranya Pengurusan Haji dan Umrah, Pengurusan Zakat dan Wakaf, Pengajian Muamalat, Pengurusan Industri Halal, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Certified Accounting Technician (CAT), Matematik Kewangan, Statistik Gunaan, Syariah Islamiyah, Teknologi Maklumat (Keusahawanan), dan Pra Perdagangan,” ujarnya. 

Untuk maklumat lengkap dan syarat kemasukan, layari ke laman web www.kpbkl.edu.my atau hubungi di talian 03-9281 4054. - K! ONLINE