Program anjuran Persatuan  Seniman yang bermula seawal 7 pagi itu berlangsung di perkarangan  Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas), Ulu Klang.

Terdahulu, Salleh bersama Pengerusi Finas Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib turut menyertai senaman zumba bersama para peserta sebelum acara larian dimulakan.

Presiden Seniman, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata program yang julung kali dianjurkan itu bertujuan membantu artis yang kurang bernasib baik.

"Menerusi program dengan kerjasama Finas ini, kita dapat mengumpul dana yang mana setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM60 untuk baju, medal dan sijil. - Bernama