Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, bilangan kaunselor yang ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah belum mencukupi bagi membantu guru-guru yang menghadapi stres dan masalah kemurungan.

Menurutnya, hasil kajian yang dijalankan Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan mendapati sebanyak 4.4 peratus daripada 48,258 responden atau lebih 2,000 guru mengalami stres pada tahap sederhana tinggi.

“Hasil kajian me­nunjukkan stres yang dialami dalam kalangan guru disebabkan beberapa faktor seperti isu keluarga, kewangan, pentadbiran, bebanan tugas dan kekurangan kemahiran dalam menjalankan tugas serta tidak dilatih menangani stres,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Senator Datuk Zahari Sarip yang ingin tahu mengenai masalah stres dan kemuru­ngan dalam kalangan guru serta langkah penyelesaiannya pada sidang Dewan Negara di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.