Bufet Ramadan di Rajawali Coffee House bakal menampilkan lebih daripada 100 hidangan dari seluruh negara.

Antara hidangan yang ditawarkan menerusi kios-kios di Rajawali Coffee House adalah aneka sate, mi, sup, kambing bakar, ayam percik, ikan bakar, makanan laut, roti john dan nasi kandar. 

Tidak lengkap juadah berbuka sekiranya tidak disertai dengan seleksi pencuci mulut, antaranya kuih lapis, kuih bingka ubi kayu, kuih, bubur, cendol, lepat pisang dan ais krim. 

Bufet Ramadan di Rajawali Coffee House akan bermula pada 18 Mei hingga 13 Jun depan dan diikuti pula Bufet Hari Raya Aidilfitri pada 15 dan 16 Jun hadapan.

Harga bufet adalah RM110 bersih untuk seorang dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas.

Orang ramai yang melakukan tempahan awal akan nikmati harga istimewa RM90 bersih seorang (dewasa) bagi tempahan sebelum 20 Mei hadapan. Untuk tempahan,emel ke [email protected] atau hubungi 03-6436 9000/ 019-388 0390. - K! ONLINE