Pengarahnya, Zainudin Hussin berkata, ia berikutan haiwan berbisa itu mulai keluar dari tempat persembunyian mereka apabila musim kemarau bermula.

"Haiwan berbisa itu biasanya tidak aktif ketika musim tengkujuh dan akan keluar dari sarang ketika musim kemarau. Biasanya ular akan ke kawasan yang mudah didapati makanan seperti rumah penduduk, stor dan taman rekreasi.

"Pada 2017, sebanyak 6,296 kes tangkapan ular direkodkan APM Kelantan dan kebanyakannya selepas berlaku pertembungan dengan manusia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau turut menasihatkan masyarakat agar berhati-hati ketika berada di lokasi yang mungkin menjadi tempat ular mencari makan, terutama di kawasan bersuhu rendah. - Bernama