Selain meneliti perjanjian ditandatangani kerajaan terdahulu itu, Dr. Mahathir juga akan membincangkan pelbagai isu bagi me­ngukuhkan hubungan kedua-dua negara.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya sedang berhubung dengan Kementerian Luar negara itu untuk menentukan tarikh dan atur cara lawatan pertama Dr. Mahathir ke China selepas dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada Mei lalu.

“Antara agenda lawatan ber­kenaan adalah membincangkan perjanjian projek ditandatangani kerajaan sebelum ini dengan China termasuk ECRL yang projek pembinaannya digantung sejak 3 Julai lalu berikutan arahan kerajaan menerusi Kementerian Kewa­ngan.

“Ia bukannya bermaksud (projek ECRL) dihentikan tetapi kita hendak melihat bagaimana perkara ter­tentu boleh diperbaiki dan ditambah nilai namun, pa­ling mustahak kita mahu menjaga hubungan perdagangan antara kedua-dua­nya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sam­butan Hari Ibu Bapa Pe­ringkat negeri yang diadakan di Kampung Chengal Lempong di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.