Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Datuk Shamsul Kamar Ahmad berkata, sebanyak enam kali hidangan disediakan termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam untuk para perwakilan, petugas media, anggota keselamatan, unit medik serta kakita­ngan PWTC.

Katanya, selain beras, mereka turut menggunakan 5,000kg daging lembu, daging kambing (4,000kg), tepung gandum (600kg), ayam (7,000kg) dan lain-lain lagi dalam penyediaan hidangan sepanjang lima hari itu.

“Sebanyak 80 peratus masakan Melayu atau hidangan kampung seperti ayam masak hitam utara, ayam kari kerisik, daging gulai kawah dan sambal udang petai disediakan kepada para perwakilan dan tetamu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.