Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, pihaknya masih menunggu arahan daripada pejabat DPP untuk tindakan lanjut.

"Kita telah serahkan kertas siasatan berkenaannya (larangan solat kepada pekerja) dan menunggu arahan lanjut daripada DPP.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 505C Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan penularan memo yang didakwa dikeluarkan sebuah syarikat plastik melarang pekerja Islam menunaikan  solat ketika waktu bekerja.

Menerusi memo tersebut, denda sebanyak RM500 akan dikenakan kepada pekerja bagi setiap satu kesalahan. - K! ONLINE