Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kajian masih dibuat termasuk mengenai implikasi dari segi perundangan dan sosial sekiranya had umur perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun.

"Kajian ini amat penting dalam menentukan sama ada pindaan yang dibuat adalah total ban (larangan penuh) atau dengan pengecualian tertentu," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah yang ingin tahu tindakan kerajaan bagi mengekang perkahwinan melibatkan kanak-kanak. - Bernama