Tegasnya, larangan tersebut juga melanggar perlembagaan dan tidak menghormati masyarakat Malaysia yang 60 peratus daripadanya beragama Islam.

"Kurang ajar dan tidak bertanggungjawab, sekiranya larangan ini satu arahan atau prosedur operasi standard (SOP) ia melanggar perlembagaan Malaysia.

"Saya juga tidak percaya ada syarikat hotel antarabangsa yang mengamalkan SOP seperti ini kerana ia tentunya bertentangan dengan amalan hak asasi manusia yang diamalkan di negara mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pra Pelancaran Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICF) 2017 di bangunan Parlimen di sini sebentar tadi.

Hadir sama Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ibrahim Ismail.

Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) sebelum ini mendedahkan aduan kakitangan hotel mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam setelah diarahkan supaya menanggalkan tudung. - K! ONLINE