"Saya dijanjikan (laporan itu) 16 Ogos (hari ini) diserahkan kepada DBKL, tetapi setakat ini belum sampai kepada saya lagi, mungkin sudah sampai kepada Datuk Bandar (Kuala Lumpur)," katanya ketika ditemui pemberita pada kempen kibar Jalur Gemilang bersama golongan asnaf anjuran Restoran D'Tandoor, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 2 Ogos itu, lapan cedera apabila lif yang mereka naiki terhempas dari tingkat lima dipercayai akibat sistem brek tidak berfungsi.

Khalid turut mencadangkan agar Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau persatuan penduduk terlibat dalam memantau proses penyelenggaraan lif susulan kejadian lif terhempas itu bagi memastikan ketelusan dan keberkesanan kerja penyelenggaraan. - Bernama