Kesemua suspek yang berusia 14 hingga 42 tahun ditahan dalam operasi cegah oleh pasukan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sekitar daerah ini selama lapan jam sehingga 11 pagi.

Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, remaja berusia 14 tahun terbabit mengaku baru-baru berjinak-jinak dalam penagihan pil kuda sejak lima bulan lalu.

"Dia yang merupakan anak tunggal yang tinggal bersama ibu, nenek dan bapa tirinya mengaku pada mulanya mengambil dadah jenis pil kuda dengan niat sekadar mahu mencuba.

"Begitupun, dia kemudiannya ketagih dengan pil kuda selain sudah berani ponteng sekolah sejak sebulan lalu dan menyertai aktiviti basikal lajak sehingga larut malam," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Noor Hafizza berkata, ujian urin kesemua suspek termasuk pelajar tingkatan dua berkenaan mendapati mereka positif dadah jenis  Methamphetamine. - K! ONLINE