Empat daripada mereka berjaya menyudahkan pendakian Gunung Lawu di Jawa Timur yang berketinggian 3,265 meter selain Gunung Slamet (3,428 meter); Gunung Sindoro (3,153 meter) dan Gunung Sumbing (3,371 meter) yang terletak di Jawa Tengah.

Mereka ialah Jamilah Kamarudin, 33; Norazwan Azman, 32; Norsyazlin Mohd. Alwi, 32, dan Noor Hakim Salihing, 36.

Ekspedisi yang bermula 16 Julai lalu itu turut disertai datuk kepada seorang cucu yang juga merupakan pesara kerajaan, Kamaruzain Sharif, 63.

Bagaimanapun beliau hanya berjaya menamatkan tiga puncak gunung dan tidak dapat menamatkan pendakian Gunung Sumbing berikutan faktor cuaca.

Tiga peserta lain, Ulfah Nafis Zulkefli, 28; Nur Diyanatul Atiqah Zakarya, 30, dan Muhammad Firdaus Hassan, 33, hanya menyertai ekspidisi itu di Gunung Sindoro dan Gunung Sumbing pada Sabtu dan Ahad lalu.

Pendakian itu dibantu dua malim gunung iaitu Ryan Rahardian, 25 dan Djaman Sanjaya, 31. - K! ONLINE