Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, lembu-lembu berkenaan ditangkap kawasan Kampung Dato' Seri Kamaruddin di sini.

"Tindakan ini dilaksanakan selaras dengan Undang-undang Kecil Pelesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau (MPM) 2012 bagi menyelesaikan aduan yang diterima dan mengelakkan kacau ganggu keselamatan  kepada masyarakat khususnya pengguna jalan raya.

"Sebelum ini, MPM telah memberikan tempoh yang wajar kepada semua penternak melalui notis awam  mengenai kesalahan membiarkan haiwan merayau," katanya.

Menurut Syamsul Hazeman, lelongan ini dilakukan buat kali kedua selepas kali pertama iaitu pada 19 Jun lalu.

"Lelongan yang dilakukan pada hari ini berikutan tidak dituntut pemilik melebihi tempoh tiga hari.

"Lelongan awam ini dilakukan di pekarangan pejabat MPM. Kesemua lembu ini dilelong bermula dari harga RM2,250 hingga RM3,500," katanya.

Syamsul Hazeman juga mengingatkan bahawa MPM akan mengadakan operasi tangkapan haiwan merayau ini secara berkala dari masa ke semasa.

Sehubungan itu, Syamsul Hazeman memohon kerjasama semua penternak supaya mengambil tindakan sewajarnya dengan memastikan haiwan ternakan tidak berkeliaran di kawasan awam. - K! ONLINE