Kawasan yang terjejas adalah Jalan Teluk Yu, Kampung Ewa, Kampung Nyior Cabang dan Kampung Yooi.

Pegawai Bencana Operasi dan Latihan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi, Leftenan (PA) Azamshah Apearal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.20 petang ini.

"Pemantauan di lokasi terjejas terus digerakkan dan kita berjaya menyelamatkan seorang wanita dan cucunya yang terperangkap di sebuah pondok rehat di Teluk Ewa.

"Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke kawasan lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pemantauan dilakukan di semua lokasi terjejas oleh agensi terlibat iaitu APM, polis dan pejabat daerah.

"Keadaan banjir sudah pulih apabila air mulai surut pada pukul 7.30 malam tadi," ujarnya.

Tambahnya, cuaca di Langkawi kini dalam keadaan baik.- K! ONLINE