Beliau berkata, bagi tujuan itu Jabatan Pertanian akan mengenalpasti kawasan serta lokasi yang luas dan sesuai untuk menanam padi pulut yang berasingan dari kawasan penanaman padi biasa.

"Keputusan sudah dibuat dan mereka (Jabatan Pertanian) akan datang pilih tanah yang sesuai. Kalau berjaya ia boleh menjana pendapatan yang baik kepada penduduk Langkawi seterusnya menjadikan pulau ini sebagai pengeluar beras pulut.

"Ini harapan kita kerana saya percaya harga beras pulut lebih tinggi dari harga beras biasa jadi pesawah boleh tambah pendapatan mereka sekiranya menanam padi pulut,"  katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan kad Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) Peringkat Langkawi kepada 48 penerima di Kompleks Angkatan Pertahan Awam (APM) Daerah Langkawi di sini hari ini.

Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Juhari Bulat dan ADUN Kuah, Mohd. Firdaus Ahmad. - Bernama