Landak kecil yang matang dengan nama saintifiknya, erinaceus europaeus bernilai RM100 untuk seekor dengan berat timbangan 700 hingga 900 gram jinak dan manja dengan pemiliknya. 

Ahli kelab penternak itu, Mohd. Iman Abdul Safuan Nazmi, 19, berkata, landak mini ini dikenali daripada tekstur duri dibadannya, dimana itu merupakan rambut berongga yang keras. 

Menurutnya, durinya tidak beracun atau berkait, dan tidak seperti bulu dari landak biasa, duri landak mini tidak mudah lepas dari tubuhnya.

"Haiwan ini mempertahankan dirinya dengan menggulung badan menjadi bola duri, sehingga semua duri menghadap keluar dan lawannya tidak dapat menyerang. 

"Ia boleh dibelai dan dipegang kerana duri-durinya tidak terasa sakit, malah seperti memegang sikat rambut," katanya ketika ditemui di gerai pameran landak mini dan arnab di sini hari ini. 

Mohd. Iman berkata, haiwan itu memiliki sifat "nocturnal" atau aktif pada malam hari, sedangkan pada siang hari ianya cenderung menyembunyikan dirinya ditempat-tempat gelap. 

Mohd Iman menunjukkan cara membelai landak mini di HPPNK di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelant
Mohd Iman menunjukkan cara membelai landak mini di HPPNK di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.

 

Katanya, haiwan itu kini menjadi kegilaan ramai pemelihara binatang yang mahu bertukar selera dari memelihara tikus jinak kepada landak yang lebih kelihatan anggun.

"Malah haiwan ini juga turut dijual secara dalam talian. Ia mampu menjana pendapatan penternaknya untuk menjual baka muda atau anak berdasarkan permintaan yang tinggi sejak kebelakangan ini," katanya. - K! ONLINE