Laluan baharu itu akan beroperasi setiap hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Medan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Pemulihan Projek dan Perdagangan Antarabangsa Melaka, Datuk Lim Ban Hong berkata, penerbangan yang mengambil masa sejam itu akan berlepas pada pukul 3.30 petang (waktu tempatan) dari Medan dan 6 petang dari LTAM dengan menggunakan pesawat ATR-72.

“Kerajaan negeri menyambut baik langkah permulaan yang diambil oleh Wings Air ini sebagai salah satu usaha menarik lebih ramai pelancong dan pelabur dari negara jiran datang ke Melaka.

“Selain menggalakkan aktiviti pelancongan di Melaka dan Medan, penerbangan itu juga akan membantu Melaka sebagai destinasi pelancongan perubatan kepada penduduk Medan,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan laluan penerbangan baharu itu di LTAM hari ini.

Turut hadir, Pemangku Pengurus Malaysia Airports Sdn. Bhd. cawangan Melaka, Zalina Zakaria dan Pengurus Stesen Malindo Air Melaka, Asmawati Sapiae.  K! ONLINE