Beliau berkata, kesemua program berkenaan turut dirasai rakyat pelbagai peringkat di bandar dan di luar bandar.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, seramai 1.2 juta rakyat di seluruh negara menikmati kemudahan awam yang canggih setiap hari termasuk 120,000 orang yang menggunakan projek terbaharu kerajaan iaitu Transit Aliran Massa (MRT).

“Golongan nelayan juga menerima RM300 setiap bulan.

“Menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kira-kira tujuh juta rakyat menerimanya melibatkan pengagihan sejumlah RM25.62 bilion sejak 2012.

“Ini semua memberi kesan positif kepada rakyat,” katanya.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.