Pengarah Urusannya, Yani Hardinata Hairuddin berkata, pelanggan terawal yang datang ke outlet berkenaan boleh mendapatkan ayam segar para harga promosi tersebut, tetapi terhad kepada 100 ekor ayam sehari sahaja.

Katanya, harga promosi itu diberikan sebagai penghargaan kepada pelanggan setia yang telah banyak memberi sokongan kepada Ladangku Maju selama lebih lima tahun beroperasi.

"Setiap pelanggan hanya boleh membeli maksimum dua ekor ayam sahaja dan ia terhad kepada 100 ekor terawal setiap hari bagi memberi peluang kepada pelanggan lain. Promosi ini hanya sah selama tiga hari sehingga Jumaat ini.

"Harga normal ayam segar adalah sekitar RM6.99 sekilogram berbanding harga promosi RM3.99. Saya harap ia dapat membantu orang ramai berjimat," katanya ketika ditemui Kosmo di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Yani Hardinata berkata, pihaknya menyasarkan membuka lagi enam outlet di Lembah Klang sehingga penghujung tahun ini bagi mengembangkan lagi perniagaan syarikat.

"Pihak yang berminat untuk mendapatkan lesen perniagaan boleh menghubungi kami melalui Facebook Ladangku Maju Sdn. Bhd. atau melalui lan web www.ladangku.my," katanya. - K! ONLINE