Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan, Datuk Nor Akhiruddin Mahmud berkata, perkara itu penting untuk pembangunan sistem perladangan yang mampan dan lestari.

Katanya, selain EIA, ladang hutan juga harus mempunyai sistem pemantauan alam sekitar (EMP).

"Pada hari ini saya telah meninjau tahap penubuhan ladang hutan di negeri Kelantan. Kita ingin mengenal pasti bagaimana pembukaan ladang hutan dibuat sama ada secara berfasa atau tidak.

"Ini kerana kita mahu pembukaan kawasan ladang hutan ini diuruskan dengan baik dan menepati keperluan serta ketetapan perundangan semasa," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke ladang hutan KLC Forest Plantation Berhad di Kampung Pulai, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Datuk Zahari Ibrahim dan Pengarah Urusan KLC Forest Plantation Berhad, Datuk Chai Kin Loong.

Pada program itu, Nor Akhiruddin turut membuat lawatan ke kawasan tapak semaian getah serta melakukan aktiviti torehan getah. - K! ONLINE.