Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid berkata, bangunan berkenaan didapati menggunakan bahan pelapis iaitu poliform yang mudah terbakar.

"Daripada kajian dan siasatan awal, dinding bangunan ini dipasang menggunakan bahan mudah terbakar dan tidak diluluskan oleh mana-mana pihak.

"Kebakaran bermula dari tingkat satu yang sedang dijalankan kerja penyelenggaraan. Ditambah pula keadaan angin serta cuaca panas yang turut menjadi pendorong kepada kejadian tersebut," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata, kebakaran melibatkan bahagian luar bangunan serta sebahagiannya di dalam tingkat enam bangunan itu. - Bernama