Pegawai Daerah Semporna, Bianus Kontong berkata, ke­semua yang didenda itu berusia lingkungan 30-an dan 40-an ketika Op Payung Bersepadu bersama Pejabat Daerah Semporna termasuk polis serta Angkatan Pertahanan Awam dilaksanakan sejak tiga hari lalu.

“Selain denda mengutip sampah, kutu sampah tersebut dipakaikan vest berwarna hijau dan di belakangnya turut tertulis perkataan ‘monyet’.

“Kita percaya penguatkuasaan agresif ini akan memberi kesedaran serta pengajaran kepada mereka yang kurang sivik supaya tahu malu dan menjaga kebersihan alam sekitar,” kata­nya ketika dihubungi Bernama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.