Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kutipan daripada tabung itu akan digunakan untuk membantu negara membayar segala hutang.

Menurutnya, tabung berkenaan akan terus dibuka sehingga kerajaan membuat keputusan untuk menghentikannya.

“Rakyat yang telah memberi sumbangan layak untuk mendapat potongan cukai dan boleh menyimpan resit pembayaran di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Oleh kerana dana ini membabitkan sumbangan rakyat, kerajaan komited untuk mengamalkan ketelusan bagi setiap sen yang diterima,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.